Thursday 28 February 2013

Cuba perkara baru x salah

Saya nk kemukakan perkara yg sering dilakukan manusia pada masa skrang...ada aja perkara yg ingin dilakukan..dgn perasaan yg malu dan segan menyebabkan mereka takut untuk melakukan ssuatu prkara...jdi x salah lar klu kta igin melakukan prkara yg baru...apabila kta mncari pngalaman, kta akan blajar ssuatu prkara yg baru..

Wednesday 27 February 2013

CERPEN : CINTA PERTAMA SARA

1
DI SEKOLAH

Kisah bermula dari dua sekawan yang bernama Sara dan Sam. Mereka berdua mula akrap ketika mereka berusia 13 tahun. Semenjak itu Sara dan Sam mula rapat , di sekolah Sara dan Sam seronok berbual bersama, karenah mereka di perhatikan seseorang. Orang itu adalah Aiman. Aiman dulu adalah kawan  rapat Sara, kini Aiman semakin jauh dengan Sara. Aiman menganggap Sam penyebab mereka mula jauh. Aiman yang tidak berpuas hati dengan Sam, sergah Sam yang sedang berbual berdua bersama Sara. Sara terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Aiman terus memarahi Aiman. Aiman sakit hati dengan Sara yang terlalu membela Sam.
" eh..Sara.. saya perhati awak semakin jauh dengan saya , awak tahu tak siapa yang awak lebih kenal dulu,  saya atau Sam ni."
" Aiman , tolong jangan ganggu saya dengan Sam lagi , awak dan saya bukan kawan lagi, persahabatan kita sudah lama terputus.. Ooo ya mungkin awak lupa awak pernah tinggalkan saya seorang diri tanpa rasa bersalah dan awak hanya pentingkan kawan-kawan baru awak, awak lupa ke? Tanya Sara. "

"Sara saya rasa awak dah salah faham, saya cuma nak .."

"nak apa?  nak dptkan kepercayaan kawan-kawan awak.. sekarang saya dah tak berkawan dengan awak , sekarang awak tak perlu risau dan awak boleh teruskan dengan kawan-kawan awak tu."

Setelah selesai bercakap , Sara dan Sam pun berlalu pergi tetapi perjalanan Sara dihalang oleh Aiman dan kawan-kawannya. Tangan sara ditarik oleh Aiman sekuat hati, Sam yang bengang dengan tindakan Aiman yang berkasar pada Sara terus menepis tangan Aiman.

"Aiman kalau nak gaduh jangan dengan perempuan. jadi gentle sikit." lelaki lawan lelaki la..
"Okay..no hal.. "
"Satu lawan satu " Kata yang keluar dibibir Sam.
"Baik..Tangan Sara dilepaskan, Sara terkejut dengan perbualan mereka lalu bergegas ke bilik guru.."

Pergaduhan mereka dihalang oleh guru disiplin , Aiman... Sam.. sudah..Korang tak tahu malu ke bergaduh dalam sekolah macam ni.. tujuan ke sekolah untuk belajar bukan bergaduh. Sekarang ikut saya ke bilik saya. Di bilik disiplin mereka disoal satu persatu.. mulanya Aiman cuba berbohong tetapi Sara datang membela Sam dengan menceritakan hal yang sebenar.. selepas perbualan itu terlerai cikgu membuat keputusan Aiman dan Sam perlu di hukum dengan di kenakan denda. Oleh kerana Sam memberi keterangan yang betul dia diringankan hukuman. Aiman dikenakan denda membersihkan tandas sehingga waktu balik sekolah. Sewaktu dikenakan denda di tandas lelaki Aiman berborak bersama kawan-kawannya,  dia tidak berpuas hati, dia akan membalas apa yang Sam lakukan kepada dia. Perbualan mereka disambung salah satu kawan Aiman yang lebih mengenali Sam kerana rumah mereka berhampiran.

'' Sekarang aku ada idea dan aku tahu apa patut kau buat"
" kalau kau nak Sara jauh dari Sam senang je, kau ceritakan segala yang berlaku pada mak Sam pandai lah kau tambah2 sikit supaya mak dia halang dia berkawan dengan Sara"
" Aku yakin Sara dan Sam akan jauh. Percaya la cakap aku"
" Okay kalau macam tu cadangan kau aku setuju, balik je kita terus pergi rumah dia.
Ok. 😄 terukir senyuman dibibir Aiman.

RUMAH SAM

Aiman dan kawan-kawannya menuju ke rumah Sam sebelum Sam balik, dia menceritakan segalanya kepada mak Sam. Mak Sam seorang wanita koprat yang tegas dalam perjagaan anak tunggalnya yang di sapa Pn. Linda.
" Terima kasih atas laporan kamu semua,
" Saya lakukan ini demi kebaikkan semua autie".
" Okay takpe sekarang kamu semua boleh balik, oh ya saya mahu kamu perhatikan anak saya Sam"
" Baik autie "

Mereka berlalu pergi dengan hati yang senang dan gembira. Selepas kelibat mereka mula menghilang Sam muncul di halaman rumahnya terlihat kelibat Pn Linda yang sedang menunggu Sam balik di sudut ruang tamu.

" Sayang.. dah balik, macam mana pelajaran hari ni.. ok?"
" ok ma.. macam biasa"
" Bila mama balik ? Setahu Sam jarang mama balik awal"
" Emmmm...  Oh ya Sayang hari ni Sam jangan keluar, mama tak suka sam bergaul dengan orang2 yang tak setaraf dengan kita"
" Kenapa ma? Sam ada buat salah ke atau Sam ada malukan mama..?"
" Sam dengar mama cakap, sekarang.. pergi masuk bilik mama tak nak Sam tanya apa-apa lagi"
" Sam yang pelik dengan sikap maknya terus menuju ke bilik.
" Bibik.. saya nak awak pastikan Sam tidak pergi kemana-mana, saya nak keluar kejap"
" Baik puan, kata bibik yang harus patuh kepada majikannya.


RUMAH SARA

Sara yang baru balik dari sekolah memasuki rumahnya, Ibunya yang sibuk di dapur disalam dan dicium tangan ibunya dengan penuh kasih sayang. Adiknya Nina yang duduk di meja makan memerhati kakak dan ibunya.

'' Sara masuk bilik dulu ibu nanti sara bantu ibu ya''

Ibunya pun menganggup.

Sara yang sibuk mengajar adiknya menyiapkan kerja sekolah mendengar pintu di ketuk.

'' Sara buka pintu tu, mungkin kawan kamu agaknya''
" Baik ibu ''
Lalu sara membuka pintu itu . Sara terkejut ada seorang wanita koprat yang berdiri di hadapannya.


2

RUMAH SARA

(imbas kembali) Sara membuka pintu terkejut dengan kehadiran seorang wanita koprat. Sara menyapa orang yang dihadapanya
'' Iya puan, cari siapa? Ada yang boleh saya bantu ''
" Boleh i tahu u Nurul Sara Amina? "
'' Iya itu nama saya, ada apa puan? ''
" i tahu u tak kenal i,  mungkin u kenal Samran Haris, u kenalkan dengan dia?
'' Sara terkedu hanya mampu berkata "iya Puan"
" Sebelum tu saya nak minta maaf kalau saya tak mengenali puan, Puan Mama Sam?
Pn Linda hanya memadang Sara dari atas sampai ke bawah
" Okay.. i tak suka buang masa, i akan cakap baik-baik dengan u , i nak u jauhkan diri dari anak i Sam, pantang keturunan i orang macam u dekat dengan anak i. dan sekarang tengoklah sendiri diri u..Eeeuiii dah lah miskin tak sesuai dengan anak i yang dari keturunan kaya. Jadi , i nak u jauhkan diri dari anak i sebelum i lakukan sesuatu yang tak dijangka.

Sara yang mendengar kata-kata Pn Linda terasa dengan kata-kata tadi dan tidak menyangka Mak kepada kawan baiknya selama ni tidak menerima dia sebagai kawan.

'' Baiklah, Puan yang terhormat maaf kalau saya ada tersalah cakap saya betul-betul minta maaf, kalau puan tak suka dengan kehidupan saya , saya tak kisah tapi puan, saya nak minta tolong sangat dengan Puan jangan pernah sesekali menghina keluarga saya. Walau macam mana sekali pun keluarga saya yang penting hidup kami bahagia. Saya harap puan tak akan memilih kasih sayang dari duit semata-mata"

"Baiklah i rasa buang masa bercakap dengan budak hingusan macam u Sara. ''Pak Man cepat masuk kereta i dah panas dekat sini. "
Pak Man yang menurut kata majikannya bersiap sedia dan mengikut arahan majikannya
"baik Puan"

RUMAH SAM

" Bibik.. Bibik ..bik mana mama? dari tadi saya tak nampak mama pun "
" Encik Sam tadi puan linda pergi setelah Encik Sam masuk ke dalam bilik "
" Pelik , biasanya mama kalau nak ke mana-mana mesti ajak aku dan setidaknya bagi tahu aku dulu " bisik hati Sam
" bibik tahu tak mama pergi mana?"
'' bibik tak tahu la Encik Sam sebab puan pergi begitu saja "
Sam hanya menganggup.
" Encik Sam tu pun puan baru pulang"
" Mama dari mana kenapa mama tak bagi tahu Sam yang mama nak keluar "
" Sam , mama saja jalan2 dekat sini, selalunya mama tak da masa nak jalan2, mama tengok Sam dah masuk bilik tu la sebabnya mama tak ajak Sam sekali, Ya sayang"
 

TASIK BERDEKATAN RUMAH SARA

Sara duduk sendiri di jeti berdekatan dengan tasik. Menangis.. mengelamun sendiri .
" Apa yang aku kena buat, hati aku tak sanggup merosakkan persahabatan aku dengan Sam. Cuma gara2 darjat aku dan Sam berbeza. " bisik hati sara


RUMAH SARA

Sam memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Sara Lalu ibu Sara membuka pintu serta menjawab salam yang diberi.
" Sam.. nak jumpa Sara ya "
" Ya mak cik .. sara ada?
" Tadi Sara baru je keluar, mungkin dekat tasik seberang sana "
" Ok, terima kasih mak cik saya pergi dulu ya"
Ibu sara tersenyum manis melihat gelagat Sam.

TASIK BERDEKATAN RUMAH SARA

Sam tersenyum lebar bila terlihat kelibat Sara di jeti berdekatan tasik tersebut.
" Sara !! "
Sara yang terkejut melihat Sam terus beransur pulang. Sam terkejut dengan tindakan Sara yang pergi tanpa menoleh ke arahnya
" Tak pernah Sara buat macam ni bila aku datang selalunya Sara menyambut mesra kedatangan Sam " bisik hati Sam

Sam pulang dengan perasaan sedih dan hampa 😣

RUMAH SAM

Sam masuk ke rumah tanpa mengedah maknya yang berada di ruang tamu
" Sam ! kenapa sekejap sangat Sam keluar dengan kawan tu? Mama rasa pasti ada sesuatu yang berlaku ni. Ada masalah dengan kawan ke Sam?
" ma.. setahu Sam mama tak pernah nak tanya apa-apa tentang kawan Sam, kenapa tiba2 mama nak bertanya ni.."
" Sam.. Mama tanya salah kalau mama tak tanya pun salah. Apa yang Sam nak sebenarnya "
" Entah lah ma , Sam pun tak tahu. Dah la ma, Sam masuk bilik dulu "


Waktu pagi

" Selamat Pagi mama "
" Pagi Sam "
" Sam gerak dulu ma ke sekolah "
" Sam tak nak sarapan dulu nanti masuk angin perut tu "
" Mama.. takpa sam dah kenyang kalau Sam lapar nanti Sam beli kat sana "
" Ok.. hati2 ya sayang.


3

SEKOLAH

" Sara!  Sara.. "
" Sara.. jom.. searahkan ? tanya Aiman
Sara yang melihat Sam berada berhampiran dengannya hanya mengangguk tanda setuju untuk berjalan dengan Aiman. Sam yang melihat Sara berjalan dengan Aiman rasa hampa dan rasa sakit hati dengan tindakan Sara.

Dalam kelas Sam menegur Sara
" Sara! Kenapa dengan awak ni, saya tengok awak macam semakin jauh dari saya apa saya da buat, saya buat salah atau awak memang dah berubah? "
Sara yang tumpukan pelajaran tadi terus berdiri meminta izin dari cikgu untuk ke tandas. Sam pelik dengan kelakuan Sara.

Dalam tandas Sara merasa sebersalah dengan Sam, dia tak nak Sam terus dekat dengan dia selepas dia menerima ugutan dari mak Sam
WAKTU PULANG SEKOLAH

" Sara! saya tahu awak marah saya kan. Tolong Sara, faham saya.. bukan saya sengaja lambat untuk jumpa awak semalam saya ada hal lain yang saya kena buat, Saya betul2 minta maaf "

Sara tak perdulikan Sam, terus berjalan balik ke rumah.


RUMAH SAM

" Sayang dah balik, Meh duduk sini ada yang mama nak cakap"
" Ada apa mama?"
" Mama ada khabar gembira nak bagi tahu, esok papa balik dari US. Mama dapat khabar berita lagi kita akan berpindah terus ke Bandar besar KL "
" Apa ma !! "
Sam terkejut dengan berita yang diberitahu maknya
" Sayang.. kenapa terkejut.. dengar mama cakap dulu, mama dan papa inginkan pelajaran yang terbaik untuk Sam, Mama harap Sam setuju apa yang mama kata tadi, ni semua rancangan mama dan papa "
Tanpa berkata apa2 Sam terus bergegas ke biliknya.

Beberapa minggu kemudian.....

RUMAH SARA

Sam ke rumah Sara untuk berjumpa dengan Sara
" Mak cik Sara ada? "
" Waktu malam macam ni Sara rasanya da tidur "
" Takpa la mak cik saya tak nak ganggu Sara.. saya Cuma nak mak cik sampaikan salam saya untuk Sara,  esok saya dan keluarga saya akan berpindah ke bandar besar KL, Jadi lepas ni saya tak dapat nak jumpa Sara lagi, hari ni hari terakhir saya jumpa sara. "

Di sebalik pintu bilik, Sara mendengar segala yang dikatakan Sam tadi, Sara sedih dan menyesal dengan apa yang dia lakukan.
" Apa yang harus aku buat " bisik hati sara

WAKTU PAGI

" Sara ! Takkan kamu nak biar macam tu je, Sam tu kan kawan rapat kamu .. Takkan kamu tak nak jumpa dia,  kesian ibu tengok dia semalam, dia berharap kamu berjumpa dengan dia "
" Ibu.. Sara kena jumpa Sam juga ke? Sam takkan jumpa Sara lagi untuk apa Sara ke sana "
" Sara kamu ada peluang sekali je untuk berjumpa Sam, sebaiknya kamu berjumpalah dengan dia, ibu yakin Sam pasti tengah tunggu Sara "
" Baik ibu "


RUMAH SAM

" Sam buat apa lagi tu.. kenapa barang2 tu tak masukkan lagi dalam kereta "
" Papa.. Sam ada permintaan tolong tunggu beberapa minit lagi Sam nak jumpa kawan Sam dulu.. please pa.."
" Ok boleh.. sekejap je ya, jangan lama2.. papa masih ada urusan disana " jawab papa Sam (en. Danny) "
" Papa kenapa nak bagi peluang lagi untuk jumpa kawan dia tu bukankah Sam dah berjumpa kawan dia semalam"
" Mama.. biarlah Sam berjumpa kawan dia sekejap,  lagi pun hari ni hari terakhir dia berjumpa kawan dia "
Ok.. jangan lambat sudahlah

" Sam sudah lah sebaiknya masuk kereta saja .. rasanya kawan kamu tak datang ni "
" Kan mama dah kata jangan tunggu dah,  dia tak akan datang "
" Baik pa .. ma..

Pn Linda tersenyum



4

" Sam! Sam! Sam.. " jerit Sara
" Sara..! Pak Man berhenti.. "
" Apa lagi Sam ..? "
" Ma.. Pa.. Sara sekarang dekat belakang, Sam nak jumpa dia sekejap boleh? "
" Tak payah Sam, biarkan dia…jawab Pn Linda
"  Pa….!!
" Ok... Jangan buang masa cepat pergi jumpa "
" Terima kasih pa…"
" Papa!! Kenapa izinkan Sam jumpa budak tu… "
" Mama sabar ma… sekejap je tu… "

" Sam ! Maafkan Sara.. Sara tak bermaksud elak diri dari Sam "
" Takpa Sara.. Saya tak kisah asalkan awak datang,  tu dah buat hati saya gembira…"
" Sam awak janji tak nak tinggalkan saya kenapa sekarang awak nak tinggalkan saya.. "
" Sara! Saya yakin kalau kita berjodoh pasti kita jumpa lagi ok "
Jangan sedih tau… kalau awak nak tahu saya sayangkan awak… suatu hari nanti saya akan cari awak.. awak tunggu saya tau… "
" Iya Sam.. awak janji tau "
" Ya.. saya janji…

" Sam!
Cepat papa ada kerja lagi tu… sudah2 lah tu… " jerit Pn Linda

" Sam takpa lah mama awak dah panggil " Sara tarik nafas lega
" Awak janji ya "
" Iya saya janji.. bye Sara semoga kita berjumpa lagi… "
" Bye Sam…selamat tinggal "

Sara sedih, hatinya tidak menerima harus berpisah dengan Sam.


TASIK BERDEKATAN RUMAH SARA

Keesokkan harinya

Di jeti Sara mengelamun sendiri.. salah aku kalau aku x buat macam tu pasti Sam tak kan pergi dari aku " bisik hati Sara

4 tahun kmudian………….

Di tempat yang sama Sara masih mengelamun.. dia masih menyalahkan diri nya yang menyebabkan Sam pergi dari nya..
" Kakak..sudah2 lah tu.. Nina faham macam mana perasaan kakak .. kakak kena teruskan hidup bukan hanya menunggu Abang Sam datang.."
" Tak tahu lah Nina kakak kalau pandang tasik ni teringat akak dekat Abang Sam.. dia satu2 nya kawan akak yang setia ..kakak takda kawan selain dia… "
" Kak Sara sabar ya tentu ada hikmah di sebalik semua ni.."
" Iya "
" Jom kak.. ibu panggil makan sama jom.. "
" Jom… "
Sara dan Nina berlalu pergi… "


5

" Akak.. Nina rasa sebaiknya kita pergi Bandar Besar KL, nak tak kak ? dekat sana banyak peluang kerja menanti kakak.. lagipun kakak kan masih menunggu keputusan SPM "
" Betul juga cadangan Nina ni,  akak boleh cari Abang Sam sekali kan…"
" Itu la kak daripada akak Sara mengelamun baik kita cari benda baru nak tak kak…"
" Mcm mana dengan ibu.. takkan ibu nak tinggal sorang Nina "
" Akak.. ibu kan dah biasa dengan kampong ni.. jangan risau lah nanti kita cakap dengan ibu sama2 tentu ibu izinkan. "
" Kamu yakin Nina kamu nak ikut. "
" Iya lah.. lagi pon Nina tak pernah pergi Bandar Besar KL.. Nina teringin nak tengok Bandar besar Kl pasti seronokkan "
" Nak pergilah ni ya "
" Akak…. Em..emm.. "
Hihihihhi



RUMAH SAM DI BANDAR

Dring…dring2… telefon Sam berdering.. Sam yang masih tidur di atas katil tidak mengendahkan bunyi telefonnya…
" Aduh.. siapa pulak telefon ni, menganggu orang aja "

Hello…
" Sam kenapa u lambat angkat telefon? u tahu tak I dah telefon u 10 kali u tak jawab u buat apa?"
" Iya.. sofea saya penat tau bloeh tak awak jangan ganggu saya.. saya baru saja nak tidur ni.. "
" What! Waktu macam ni u kata baru nak tidur.. darling tolong lah bangun… ke awak nak I report dekat mama u .. macam tu.. "
" Tolong sofea jangan nak sebut2 nama mama saya.. okay saya bangun tapi jangan awak mengadu dekat mama saya sudah… "
" Good darling .. macam ni la u "

Genggam telefon diletakkan… Sam terus bangun menuju ke bilik air untuk mandi..

RESTORAN

" I nak u kerja dengan papa i…papa kita kan share company… I nak u kerja bahagian papa i.. supaya papa I dapat tengok u buat kerja dengan betul.. "

" Tolong  sofea .. saya tak nak semua tu… saya  tak suka kalau awak nak masuk campur urusan peribadi saya…"

" Apa u cakap urusan peribadi u.. bukankah papa u dan papa I dah bersepakat nak satukan kita jadi tak salahkan kalau u berkerja di company papa i. "

" Sofea…kenapa lah dengan awak ni… saya ni baru lepas habis SPM dan sekarang awak cerita pasal kawin… kita masih muda lah.. Tak perlu pikir pasal kawin segala.. lagi pon keputusan SPM tak keluar lagi.. awak pon masih muda sofea. "

" Sam tak kisah lah kita masih muda itu semua tak penting yang paling i nak apa yang dijanjikan oleh papa u dan I termakbul..
Dan I tak sabar nak berumah tangga dengan u "
" Susah ya nak cakap dengan awak sofea "
Sam pergi begitu saja tanpa mengendahkan sofea.
" Sam!! Sam!! tunggu i.. "

6

RUMAH SARA

" Bolehlah bu izinkan kami berhijrah ke Bandar Besar KL "
" Ibu tahu Sara awak dah besar tapi ibu masih risaukan kamu berdua… ibu takut sesuatu terjadi, KL besar macam2 boleh berlaku "
" Ibu jangan risau..kak Sara akan jaga Nina..lagi pon Nina akan lindungi Kak Sara bu..bolehlah ibu.. please " Nina merayu ibunya
" Ok..ibu izinkan dengan syarat jangan ada rahsia apa2 dengan ibu..kalau susah cari krja takyah kerja kat sana duduk sini saja. Boleh ? "
" Ok ibu..terima kasih ibu.. sayang ibu…"
 3 beranak ini berpelukkan

" Sara…ibu tahu niat kamu nak ke Bandar Besar KL tu pasti ada niat lainkan.. ibu kenal kamu Sara..kamu nak cari Sam kan? "
" Ibu…"
" Iya.. Sara jangan berbohong dengan ibu tau.."
" Sebenarnya iya..tapi selebihnya Sara nak mulakan hidup baru .. Sara tak nak susahkan ibu lagi..Sara sayang ibu.. "
" Iya ibu tahu.. "

Beberapa hari kemudian...

STESEN BAS
" Ibu , kami pergi dulu ya.. ibu doakan kerjayaan kami tau… "
" Ok…hati2 ya di sana.. Sara jaga adik ya.. "
" Baik ibu.. "

Bas dinaiki mereka berlalu pergi…

DALAM BAS
" Kak.. akhirnya tercapai juga hajat kita untuk berhijrah ke Bandar Besar KL.. "
" Iya Nina.. akak tak sangka semua yang kita impikan menjadi.. akak fikir ni semua mimpi.."
" Iya kak.. andai ini mimpi Nina rasa tak nak bangun kerana mimpi ni indah kak.."
" Iya.."

STESEN BAS KL

" Alhamdulillah dah sampai kak… "
" Iya Nina, cantik ya tempat ni.. "
" Jom kita cari teksi.."
Teksi!!
Selepas mendapatkan teksi mereka bergegas menaiki teksi tersebut.
" Adik berdua nak ke mana? "
" Pak cik boleh tolong kami tak, kalau boleh tolong kami cari rumah sewa yang murah, kami datang dari kampong takda tempat tinggal "
" Baiklah pak cik tolong carikan ya "

RUMAH SAM DI BANDAR

" Sam! nak kemana tu…"
" Ma Sam nak jumpa kawan jap..dah lama tak jumpa saja nak lepak2…"
" yelah jangan lama2 balik awal, mama bukan tak kenal kamu nanti malam baru nak balik..  tak ingat dunia pulak kamu nanti.. "
" Baik Madam.. Sam pergi dulu ya ma "

DALAM KERETA

dring.. dring.. telefon Sam berbunyi

" Sam! ko lama lagi ke nak sampai aku dah smpai ni "
" Iya2 jap2 bagi aku 5 minit, jap lagi aku sampai"

Sam meletak gengam telefon selepas selesai bercakap

DALAM TEKSI

" Kak. tengok tu rumah untuk di sewa banyak. Tengok macam mahal tu kak.."
" Takpa kita cari lagi.. "
" Pak cik boleh bawa cepat sikit tak, Maaf pak cik ya "
" Ok dik , Baiklah "

DALAM KERETA

(Dengar lagu)… dring2..dring2.. telefon berbunyi…
" Apa lagi ni..adui..issh jatuh pulak fon ni..
Sam tunduk untuk mengambil telefon yang terjatuh
" Susahnya  la.. "

DALAM TEKSI

" Kak tu kak.."
" Apa Nina…"
Pak cik awas!!
aAaaaaAaaaaaaa( mnjerit)
(terkejut)

DALAM KERETA

Sam terkejut ..kereta Sam hilang keseimbangan..
Sam cuba mengawal staring..




7

(Imbas kembali) kedua-dua buah kereta nyaris bertembung…
Sam sempat brek…
Sara dan Nina terkejut..
" Hah.." nafas lega .. masing2…

Sara turun dari kereta dengan perasaan marah…

Sara ketuk tingkap kereta Sam..
" Buka..buka sekarang , baik awak buka… "
Sam turun dari kereta .. perasaan terkejut…
" Awak tahu tak sekarang lampu merah kenapa awak jalan juga.. awak ni pandai ke bawa kereta atau memang tak pandai.. ada lesen ke tak ni? "
" Eh ponpan tolong sikit kau ingat semua orang tak pernah buat salah.. please lah takda masa aku nak mengadap semua ni… "
" Eh.. awak ni saja ya.. sekarang ni saya tak peduli awak kena bayar ganti rugi juga.. awak nampak tak, habis kereta pak cik ni calau, nasib baik orang tak kenapa nape. "
" Eh budak kampung calau sikit takda makna nak bayar ganti rugi lah.. habis kereta aku yang calau ni siapa nak bagi ganti rugi kau mampu ke? "

Sebak hati Sara mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki biadap dan sombong ni.

" Kakak jangan layan orang macam ni… biarlah dia.. pak cik tu tak kisah lah kak"
" Tapi Nina .. kakak rasa tak puas hati dengan dia… dia terlampau kurang ajar "
" takpe kak…"
" Cik2 takpa2 cik biarkan dia… biar tuhan je yang balas…. "
" Tak boleh macam ni Pak cik "
" Ehh…lelaki sombong nak ke mana tu ke nak lari "
" Kak Sara..sudah2 lah.. "
Sam terus pergi tanpa berkata apa2…

" Kakak tak puas hati dengan lelaki tadi… dia ingat dia siapa nak kurang ajar mcm tu.. "
" Cik ni KL macam2 karenah manusia.. cik baru lagi di sini nanti cik tinggal lama pasti cik akan tahu macam mana perangai orang di KL"
" Takpa lah pak cik.. mungkin ni salah kami.. kami yang suruh pak cik bawa laju.. kalau tak , tak jadi hal macam ni.."
" Kak Sara... tu kak ada rumah sewa.. harga boleh di runding…"
" Pak cik berhenti di sini…"

RESTORAN

" Bro…sorry lah lambat ada yang berlaku tadi.. "
" Apa yang berlaku Sam, ada masalah dengan sofea ke?"
" Bukan masalah sofea, tadi aku nyaris nak langgar teksi untung aku sempat brek.. kalau tak sempat berlanggar lah aku.. "
" Jadi apa yang berlaku, kau bayar ganti rugi tak? "
" Mau aku bayar ganti rugi.. da lah jumpa ponpan giler tadi…tak tau lah ponpan tu dia bingit kat telinga aku sampai nak pecah gegendam telinga aku.. sakit hati aku "
" Awet tu cun tak.."
" Giler kau ni tak pasal2 tanya aku muka dia cun ke tak,
Waktu tu takda masa lah nak tengok muka dia… da lah tak nak kalah.."
" Bagus lah tu 2x5 dengan kau Sam.. "
" Tolong lah kepala aku pening ni.. aku jumpa korang ni nak borak2 kosong bukan cite pasal ponpan giler tu…" Please la… "
" Bro aku tahu lah kau sekarang ada masalah dengan sofea kan… aduh.. kau terima je lah dia.. apa yg kurang dengan sofea tu pun aku tak tahu cantik2.. kaya2… semua dia ada… tak rugi lah kau kawin dengan dia…"
" Eh..kalau kau nak sangat dengan sofea tu ambil la aku x kisah.. "
" Giler kau nak serah macam tu kat aku.. tak gentleman lah bro… "
" takpa2 sekarang ni kita enjoy dulu tenangkan pikiran okay… "


8

RUMAH SEWA SARA

" Terima kasih puan… "
" Sama2.. saya nak kamu jaga rumah ni elok2.. bukan senang saya nak bagi harga macam ni.. "
" Baik puan.. terima kasih ya…"

" Pak cik berapa yang perlu saya bayar…."
" Semuanya 40 ringgit cik…"
" takpa pak cik ambil 50 ringgit ni ya sebagai ganti rugi yang rosak tadi…"
" betul ni cik… "
" Betul pak cik "
" Semoga cik berdua di murahkan rezeki ya…terima kasih ya…"
" Sama2 pak cik…"
Sara dan Nina tersenyum mendengar kata2 dari pak cik itu tadi… 
" Kak Sara jom masuk…"
" Jom.. "

RUMAH SAM DI BANDAR

" Sam! Mama dah kata kan jangan pulang malam.. mama tak suka kamu keluar macam ni lagi… "
" Mama... Sam masih muda ..bagi Sam ruang untuk berseronok dulu… "
" Mama tak nak lagi Sam buat perangai macam ni, esok Sam kena bangun pagi.. Sam boleh mula bekerja di company papa.. mama dah berbincang dengan mama sofea.. mereka setuju untuk melantik Sam jadi CEO disatu bahagian disana.."
" Ma..Sam da cakapkan..Sam tak perlukan jawatan tu lagi.. tanggungjawab tu besar ma…Sam masih muda. Result SPM pun tak keluar lagi. Jawatan tu tak layak untuk Sam ma "
"Esok mama tekad nak Sam mula bekerja. Tiada Bantahan dah "

RUMAH SEWA SARA

" Pagi kak…"
" Nina dah bangun. "
" Iya kak..Nina beli tadi dekat seberang sana ada jual nasi lemak..dengar2 nasi lemak kat sini sedap. Tadi Nina tengok akak tidur lena, tak sampai hati nak kejut"
" la.. kejut je akak, Hmmm... takpa lah.. jom makan sama2…"

" Kak Sara hari ni kakak mula nak cari kerja kan? "
" Iya.. akak rasa dah cukup semalam kakak rehat.. hari ini kakak kena cari kerja juga "
" Akak nak Nina temankan? "
" Tak payah Nina..jaga rumah je.. jangan ke mana-mana tunggu sampai kakak balik ya "
" Ok kak…" nina mengganggup

" Kakak hati2 ye.."
" Ok nina..kakak pergi dulu ya..doakan kakak tau.."
Amin.

BANDAR

"Aduh duit aku tinggal sikit ni…sebaiknya aku naik bas saja lah…"
"Bas tiba…Sara naik bas.."
"Hari ini aku harus kuat menghadapi dugaan yang akan tiba..aku yakin kalau aku tabah pasti ada penyelesaiannya.. " bisik hati sara

COMPANY  D&J ENTERPRISE

" Uncle nak lihat pencapaian kamu Sam.. tujuan uncle setuju menerima Sam kerja kat sini uncle nak Sam menjawat jawatan yang tinggi bukan saja2 tapi uncle nak Sam belajar dari muda lagi. Ingat ya Sam uncle tak nak dengar mana2 staff kat sini cerita pasal kamu yang buruk-buruk. Jangan hampakan uncle, papa kamu dan sofea. Kami inginkan yang terbaik dari kamu. "

kata2 Uncle Roslan papa kepada Sofea membuatkan Sam rasa semakin tidak selesa tambah lagi sepanjang uncle Roslan bercakap dengan Sam, Sofea tidak berenggang langsung dari Sam, Sam rasa semakin rimas.

" U … kan I dah ckp jangan sesekali u tolak tawaran papa i… I yakin u pasti boleh buat dan I akan sentiasa sokong u…sayang u sangat2…"

" Okay lah.. uncle pergi dulu.. mungkin papa kamu tengah menunggu uncle di sana… "

" Baiklah uncle , Sam ingat pesan uncle "

Sam terpaksa mengikut kehendak mereka kalau ditolak alamatnya Sam akan terkena semula.

" U … jom kita pergi makan.. I lapar lah.."
" Sofea ..saya tak lapar,  kalau awak lapar awak pergi lah dulu… "
" Sam ! .. u dengarkan apa papa I ckp tdi… "
" Iya.. saya dengar.. "
" Kalau dengar ikut I sekarang.. "


Semakin Ssm menolak kehendak Sofea , selagi tu Sofea akan memaksa Sam untuk mengikut kehendaknya

Sam hanya terpaksa mengikut kehendak Sofea walaupun terpaksa  😏
BANDAR

Sara masih lagi mencari kerja… sudah 2 tempat Sara cuba tetapi gagal..
Kali ini sara mencuba nasib di sebuah restoran.

" Maaf Encik boleh tumpang tanya, dekat depan ada tampal jawatan kosong.. ada lagi ke jawatan kosong tu? soal sara kepada salah seorang pekerja di situ
" Sorry dik jawatan tu untuk pekerja lelaki bukan perempuan.. "
" Oo..takpa lah.. terima kasih Encik…"

" Aduh..mana lagi aku nak cari kerja ni… dah merata aku pergi satu pun kerja aku x dpt..sabar Sara sabar ya pasti dapat nanti… " bisik hati sara

Papan iklan tertulis

Kami memerlukan pekerja perempuan yang sihat tubuh badan
Mampu buat kerja berat
…. Jika berminat .. sila kunjungi kami di company kami D&J ENTERPRISE

" Alhamdulillah aku dah jumpa…aku kena dapatkan kerja ni… "
" Mana yer.. hah itu.. jumpa pun… D&J ENTERPRISE tunggu sara ya.. "
Senyum ceria terukir di bibir Sara


COMPANY D&J ENTERPRISE

Setelah itu Sara masuk ke bilik pengurus disitu, Sara telah diterima bekerja setelah ditemu duga.
" Baiklah ..saya terima awak… saya harap awak dapat melakukan pekerjaan ini dengan baik.. okay… "
" Baik tuan… "
" Esok awak boleh mula kerja "
" Terima kasih tuan "

" Alhamdulillah..dapat juga aku kerja.. , ibu..Sara akan kerja semampu Sara.. "

" Sam! Sini.. I rasa tempat ni makanan kat sini sedap.. papa selalu cakap tempat ni memang sedap masakannya.. "
" Sofea, saya ke toilet sekejap ya, awak pesan lah dulu…"
" Ok…jangan lama2 tau… "

" Huh.. lepas juga aku dari sofea tu .. Tak payah lah aku nak layan karenah dia tu.. "

Sam terus berlari bergegas keluar…

Sara yg masih berdiri di koridor.. tersenyum kegembiraan..
Tanpa sengaja Sara berlanggar dengan Sam yang cuba lari dari sofea.

"Awak.. " serentak berkata

9


(Imbas kembali) berlanggar secara tidak sengaja

" Awak " serentak berkata
" Kau lagi.. kau lagi … apa kau buat kat sini hah…? "
" Ooo.. lelaki sombong ni lagi tak da orang lain ke aku nak jumpa "
" Apa kau buat kat sini? "
" Terpulang saya la nak ke mana saya suka..eh lelaki sombong jangan ingat awak lepas ya…saya akan pastikan awak takkan lepas lagi.. ?
" Ooo..nak sangat duit tu..ok aku boleh bagi ganti rugi tu.. semua tu kacang je…"
" Eh.. jangan nak berlagak boleh tak… saya tahu awak tu orang kaya… "
" Ya.. aku memang kaya banyak duit..ni duit yang kau nak sangat kan.. ambil.. lepas ni aku tak nak jumpa kau lagi… "
" Ehh.. awak ingat saya mengadap sangat nak duit awak tu.. ambil balik duit ni.. saya tak perlukan pun… ambil ni " Sara mencampakkan duit itu di muka Sam

Sam bengang dengan tindakan Sara
" Dasar ponpan kampung.. tak reti bersyukur… "
Sara bergegas pergi dari situ.

RUMAH SEWA SARA

" Kak..
" Macam mana dah dapat kerja…? "
" Dapat Nina.. "
" Alhamdulillah… "
" Ni kakak belikan makanan jom kita makan sama2…,
Kakak penat ni… "
" Jom kak.. nanti Nina picitkan ya…"

" Terus kakak campak duit tu kat muka dia.."
Sara hanya mengangguk tanda mengiyakan soalan Nina
" biar dia rasa sikit, jangan nak hina orang je " Kata Sara kepada Nina
" Kak.. rasa nya dia marah tak dengan kakak "
" Biarlah dia nk marah pun.. kakak tak kisah asalkan kakak lega.. "
" Betul tu kak "

COMPANY D&J ENTERPRISE

" Ok.. saya nak awak bersihkan bilik ni…pastikan semua bersih ya…"
" Baik tuan… " jawab Sara

Sara rasa teruja kerana di hari pertama dia berkerja dia tidak diberi tugasan yang berat,  Cuma bersihkan bilik majikan baru sahaja.
Sara membersihkan seluruh bilik tersebut tanpa sebarang habuk sekali pun…
" Owh ya, aku lupa nak bersihkan pintu ni.. macam kotor je…kena bersihkan ni..tanpa membuang waktu sara membersihkan pintu itu.. malang sekali sewaktu Sara spray air dipintu tersebut tiba2 pintu itu di buka oleh seseorang .. Sara terkejut… air itu lantas terkena muka orang itu.


10

" Awak lagi " serentak
" Ehh..kenapa nasib aku malang berjumpa dengan kau lagi..woi ponpan kau takda hal lain ke nak buat,  kenapa mesti kena muka aku…? "
Sara gelak kecil..hahahahahah " Rasa awak lelaki sombong jangan ingat ponpan macam saya awak nak rendah-rendahkan.. padan muka awak.. "
" Eh.. ponpan ..Sedar diri sikit, kau tahu aku ni siapa.. berani kau buat macam ni dekat aku.. "
" Hm.. saya sedar saya siapa.. saya cuma pekerja di sini dan awak... saya tak tahu buat apa kat sini…,
Tumpang lalu ya .. "
Sara terus pergi tanpa menoleh ke belakang

Sam nampak bengang dengan tindakan Sara yang mengetawakan dia
" Kau..tolong cakap dekat pekerja yang tadi tu tolong hormat aku sebagai bos.. ingat tu.. "
" Baik tuan Sam.

" Sara! Sini sekejap.. apa yang awak dah buat tadi "
" Buat apa tuan? "
" Awak tahu lelaki tu siapa… ? "
" Siapa tuan.. saya tak kenal dia.. "
" Dia majikan baru kita anak kepada pemilik besar syarikat ni.. nama dia Encik Samran Haris, dia akan mengambil alih syarikat ni nanti "
" Sara terkejut mendengar nama tersebut "
Selama ni lelaki sombong yang dia marah / gaduh selama ni adalah Sam, kawan baik dia sendiri.

Sam berjumpa kawan-kawan dia untuk meluahkan perasaannya
" Sabar bro.. kau kan sekarang dah jadi big bos kat sini.. segala keputusan terletak di tangan kau kan… "
" Aku tak tahu lah.. semenjak dua menjak ni aku sering jumpa dia... aku pelik dengan dia..perangai dia sebijik macam seseorang yang aku kenal.."
" Relax bro,  segala maklumat ponpan tu aku dah cari tahu... kau cerita kat aku terus aku selidik,  semua dalam sampul ni.."
" Cuba kau tengok "

Biodata Diri

Nama : Nurul Sara Amina Binti Zulkefli
Usia   : 17 tahun
Tarikh  Lahir  : 20 Nov 1996 
                
Tidak sempat membaca sampai bawah Sam sudah merasakan sebenarnya ponpan kampung itu adalah kawan baiknya yang dulu terpisah.
Sam terus bangun untuk berjumpa dengan Sara
" Aku kena jumpa dia.. dia Sara.. kawan aku dulu yang aku cerita kat korang tu "
" Kau biar betul bro..dia ponpan yang kau cerita waktu zaman sekolah dulu "
" Betul dia lah ponpan tu "
" Aku kena jumpa dia "

Dengan tergesa-gesa Sara dan Sam bertembung dan saling tatap antara satu sama lain.

" Sara! Betul ni awak.. "
" Sam! Betul ni saya Sara…  menitis air mata Sara ketika itu
" Ingat lagi awak dekat saya ya " soal Sara
" Pasti saya ingat Sara.. saya rindu kat awak… awak ingat lagi tak saya pernah cakap kat awak yang saya sayangkan awak, sebenarnya perasaan tu tak pernah padam, awak cinta pertama dan terakhir saya Sara"

" Sara!"
" Iya Sam.."
" Terima kasih sebab tak pernah lupa kan saya "
" Awak pun "

***
Pengakhiran cerita cinta Sara dan Sam akhirnya kembali bersatu.
Pn Linda dan Encik Danny menerima Sara seadanya setelah Sam menceritakan segalanya kepada mereka. Sofea yang patah hati melanjutkan pelajarannya di London di situ sofea bertemu dengan seseorang yang membuat hati Sofea gembira dan orang itu adalah Aiman, disitu cinta mereka berputik. Nina dan ibu Sara bahagia dengan kehidupan baru mereka.




TAMAT







Tuesday 26 February 2013

Persiapan awal

Sebelum kita berangkat ke mana sahaja kita mulakan dgn bismillah...dgn melakukan perkara ini insyaallah kita akan dilindungi. Oleh demikian kita harus membuat persiapan dengan mulakan set kan jam supaya tidak lewat perkara ini harus dibintangkan terutama waktu pagi...oleh itu pakaian harus disiapkan awal sebelum keesokkan hari perkara ini diutamakan bagi yang bujang...itu sahaja pendapat dari saya jangan lambat lagi...

Monday 25 February 2013

Movie skang best

Sekarang nie sjak thun 2012 nk msuk 2013 ...pndai para pgarah dan penerbit yg mngayakan cerita...cerita melayu skang da bleh melawan cerita hollywood...huhu pemilihan pelakon yg bgus...sesuai dgn watak...bgi sy malaysia kena bnykkan lgi filem melayu yg b'kualiti...biar bnykkan filem ditayangkan di Malaysia supaya x hilang kemelayuan kita nti...

Cinta.. Cinta.. Cinta

Emm...saya da penat dgar apa org kata blek-blek suka dgn cinta, benci dgn cinta, sedih dgn cinta dan bnyk lgi lar ttg cinta...mereka x serik ker nk mgukapkan cinta nk pcya cinta...mereka xleh hdup tnpa cinta lar...septutnya cinta kta hnya pd y' satu iaitu Allah...dia lar yg mncipta kita...hnya dia y' pntut mndptkan cinta kita...apa-apa lar...

Sunday 24 February 2013

Belajar sambil bergembira

Dalam kita belajar xkan asyik bosan jew...mcm kisah hidup sy...dlm melaksanakan pembelajaran psti kta bosan klu asyik 24 jam belajar...psti kta iginkan suasana yg riang gmbira kan...dgn ada nya musik kta bleh elakkan diri dari bosan...